KUMPULAN BTS dari Korea Selatan terus melakar kejayaan manis apabila memenangi trofi utama Anugerah Daesang pada acara berprestij Anugerah Muzik Seoul 2020 yang berlangsung di Gocheok Sky Dome, hari ini.
BTS yang dianggotai Jin, J-Hope, RM, Suga, Jimin, V dan Jungkook turut memenangi kategori Rekod Terbaik menerusi album Maps of the Soul. Persona serta Anugerah Bonsang sekali gus mengumpul 16 trofi setakat ini sepanjang penganjuran acara itu.
Bagaimanapun, EXO terus unggul apabila pulang dengan tiga trofi menerusi kategori Anugerah Populariti, Anugerah Khas Hallyu, dan Anugerah Paling Popular QQ Music.
Untuk rekod, EXO adalah artis paling banyak menang sejak Anugerah Muzik Seoul dianjurkan bermula 1990 iaitu 25 trofi. Kemudian diikuti BTS, Super Junior (13), Shinee (12), dan Girls’ Generation (12).
Acara yang dihoskan Kim Heechul, Jo Bo-ah, dan Shin Dong-yup turut dihangatkan dengan persembahan daripada ITZY, TXT, AB6IX, NCT Dream, Red Velvet, MAMAMOO, TWICE, MONSTA X, NU’EST, Super Junior, Taeyeon, Chungha, Kassy, Paul Kim, Kim Jae Hwan, Ha Sung Woon, Song Ga In, Kim Hyun Chul, dan Daybreak.
Kriteria pemilihan pemenang untuk kategori utama, artis baru, balada, R&B/Hip Hop, runut bunyi, dan persembahan tari dinilai menerusi beberapa aspek. 40 peratus penilaian daripada juri, 30 peratus jualan album dan lagu, dan 30 peratus undian telefon pintar.
Manakala untuk kategori populariti adalah seratus-peratus daripada undian peminat di Korea Selatan, anugerah K-Wave seratus peratus daripada peminat luar Korea, dan kategori khas juri seratus peratus dinilai panel juri serta penganjur.
SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH MUZIK SEOUL 2020
Anugerah Daesang: BTS
Anugerah Bonsang: NCT Dream, Chung Ha, Paul Kim, Red Velvet, BTS, EXO, MAMAMOO, NU’EST, Monsta X, TWICE, Taeyeon, Super Junior
Rakaman Terbaik: Maps of the Soul: Persona - BTS
Rakaman Digital Terbaik: Four Seasons - Taeyeon
Artis Baru Terbaik: Tomorrow X Together, AB6IX, ITZY
Anugerah Trot: Song Ga In
Anugerah R&B/Balada: Kassy (R&B), Kim Jae Hwan (Balada)
Anugerah Hip-Hop/Rap:
Anugerah Runut Bunyi: All About You (Taeyeon)
Anugerah Persembahan Tari: Ha Sung Woon
Anugerah Band: Daybreak
Anugerah Populariti: EXO
Anugerah Khas Hallyu: EXO
Anugerah Penemuan Terbaik: Kim Hyun Chul
Anugerah Paling Popular QQ Music: EXO