arena

Nakane ungguli Peringkat 6

Oleh Aida Adilah Mat

PELUMBA kelahiran Jepun daripada pasukan Nippo Delko Provence, Hideto Nakane muncul juara Peringkat 6 menewaskan pelumba Vino-Astana Motors, Gleb Brussenskiy dalam persaingan satu dua ke garisan penamat.

Nakane menamatkan perlumbaan sejauh 150.9km dari Taiping ke Pulau Pinang itu dengan catatan tiga jam 29 minit 15 saat.

Manakala Samuele Battistella dari NTT Pro Cycling Team melengkapkan kedudukan podium ketinggalan empat saat di belakang Hideto dan Brussenskiy.

Pelumba negara, Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff dari Sapura Cycling Team menjadi pelumba tempatan terbaik apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-47 dan kekal menyarung Jersi Merah.

Disiarkan pada: February 12, 2020 @ 5:54pm
d