utama

Tun M dilantik PM Interim

Oleh Safeek Affendy Razali

TUN Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, dalam satu kenyataan berkata Baginda juga berkenan menerima peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Pelantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim itu dilakukan mengikut Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai Perdana Menteri interim, Dr Mahathir akan menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri dan anggota Kabinet baharu dilantik.

Difahamkan, Dr Mahathir menghantar surat peletakan jawatannya ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini di Istana Negara.

Dr Mahathir juga mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkuat kuasa serta-merta.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: February 24, 2020 @ 7:31pm
    d