mutakhir

Sultan Nazrin terima peletakan jawatan MB Perak

Oleh BERNAMA

SULTAN Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menerima peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak berkuat kuasa, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja kepada Sultan Perak, Kol (B) Datuk Abd Rahim Mohamad Nor menerusi satu kenyataan.

Terdahulu, Ahmad Faizal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chenderiang telah menyembahkan surat peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar kepada Sultan Nazrin ketika mengadap baginda di Istana Kinta di Ipoh, pagi tadi.

Disiarkan pada: March 10, 2020 @ 1:59pm
d