mutakhir

Mohon sumbangan bantu rakyat terjejas [METROTV]

Oleh Balqis Jazimah Zahari

KERAJAAN negeri Perak mengalu-alukan sumbangan sektor swasta atau badan korporat kepada Tabung Bencana dan Bantuan Sosial Negeri Perak susulan penularan wabak Covid-19.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sumbangan itu juga dapat membantu rakyat yang terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Rabu lalu.

“Orang ramai termasuk pihak swasta atau badan korporat yang ingin membantu rakyat Perak yang terjejas akibat Covid-19 dan PKP boleh menyumbang kepada Tabung Bencana dan Bantuan Sosial Negeri Perak,” katanya dalam kenyataan di Ipoh, hari ini.

Beliau turut melahirkan rasa simpati berikutan terdapat kakitangan perubatan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) di negeri ini turut terkena jangkitan virus Covid-19.

“Kakitangan barisan hadapan berkorban untuk negara, tetapi ada masyarakat yang tidak mengendahkan pelaksanaan PKP.

“Sedih masih ada rakyat yang tidak mengendahkan pelaksanaan dan tidak mengambil berat ancaman wabak Covid-19,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 21, 2020 @ 5:26pm
    d