global

Covid-19: Hampir 5,000 orang maut di Itali

Oleh Reuters

Rom: Angka korban akibat koronavirus baharu (Covid-19) di Itali melonjak kepada hampir 5,000 orang.

Ia selepas 800 lagi kematian akibat wabak itu dilaporkan pada Sabtu.

Angka itu paling tertinggi di dunia.

Kerajaan sudah mengarahkan semua premis perniagaan kecuali untuk barangan keperluan ditutup sehingga 3 April ini.

“Ini adalah tempoh paling sukar selepas zaman perang,” kata Perdana Menteri Giuseppe Conte menerusi Facebook.

Pasar raya, farmasi, perkhidmatan pos dan bank serta pengangkutan awam masih beroperasi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Disiarkan pada: March 22, 2020 @ 9:55am
    d