mutakhir

Proses sanitasi di KL setiap hari [METROTV]

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

PROSES sanitasi dan nyah cemar di sekitar Kuala Lumpur mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang diberi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, KKM memberikan garis panduan daripada segi penjadualan, bahan yang digunakan dan kaedah sanitasi.

“Proses sanitasi di sekitar Kuala Lumpur dilakukan pada setiap hari dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari mengikut kawasan yang ditetapkan.

“Hari ini proses sanitasi dilakukan di sekitar Jalan Masjid India dan kawasan sekitar Dataran Merdeka,” katanya ketika ditemui di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, hari ini.

Nor Hisham berkata, proses sanitasi akan dilakukan di 11 Parlimen sekitar Kuala Lumpur terutama di kawasan awam.

“Petugas untuk proses sanitasi ini dianggarkan seramai 100 orang. Kawasan yang dinyah cemar ini juga dilakukan mengikut nasihat KKM.

“Kawasan ‘hotspot’ diberikan pelbagai agensi dan kita akan lakukan sanitasi dan nyah cemar yang diberikan oleh agensi berkenaan,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro mendapati proses sanitasi dan nyah cemar di sekitar bandar raya ini bermula sejak 8 pagi.

Proses berkenaan dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di kawasan yang dikenal pasti.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 2, 2020 @ 2:02pm
    d