mutakhir

Kilang plastik terbakar

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

SEBUAH kilang plastik di Batu 22, Jalan Kuala Selangor, terbakar, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Bomba Kanan I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.46 tengah hari.

“Lapan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) termasuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“BBP terbabit ialah BBP Bestari Jaya, Batu Arang, Kuala Selangor, Rawang, Kota Anggerik, Subang Jaya, Sungai Buloh dan PBS Saujana Utama.

“Tiada mangsa atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini,” katanya.

Disiarkan pada: April 3, 2020 @ 6:18pm
d