WM

Sarat perincian klasik

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

JENAMA peruncit pakaian global, UNIQLO tampil dengan pelbagai rekaan menarik menerusi koleksi Uniqlo U Musim Bunga/ Panas 2020.

Berbeza dengan himpunan musim sebelumnya, koleksi kali ini menawarkan 57 rekaan menarik untuk wanita, 41 rekaan untuk lelaki dan empat aksesori.

Ia adalah koleksi ‘Future LifeWear Essential’ yang dihasilkan Pengarah Artistik, Christophe Lemaire dan pasukan penyelidikan serta pembangunannya di Paris.

Idea mereka menggambarkan pakaian harian menggunakan bahan yang inovatif dan bayangan kontemporari baharu.

Kali ini, Lemaire menampilkan koleksi pakaian untuk wanita yang bukan sahaja elegan malah pelbagai fungsi.

Himpunan itu menampilkan inspirasi daripada wanita bebas, bersemangat dan aktif menerokai dunia.

Ia sememangnya menjadi pilihan terbaik sama ada kepada penggemar gaya autentik mahupun yang menjalani kehidupan aktif.

Manakala untuk lelaki pula, Lemaire menampilkan rekaan yang bukan sahaja praktikal malah sarat dengan perincian klasik, koleksi yang digemari lelaki hari ini.

Koleksi itu diinspirasikan dari pakaian kerja vintaj dan pakaian tentera yang diilhamkan semula daripada sudut potongan, fabrik, perincian dan sebagainya untuk mood santai serta kontemporari.

Perincian fungsi diutamakan bagi mengimbangi keperluan praktikal dan gaya lelaki.

Untuk musim Bunga/ Panas kali ini, UNIQLO U memberi tumpuan kepada pemilihan perincian fungsi dan fabrik bagi menyempurnakan corak klasik serta meneroka pelbagai jenis warna.

Disiarkan pada: April 6, 2020 @ 7:01am
d