global

Indonesia catat 399 kes baharu

Oleh Agensi

Jakarta: Indonesia mencatatkan peningkatan kes harian tertinggi setakat ini iaitu 399 kes baharu bagi jangkitan Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan 4,241.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Achmad Yurianto berkata, jumlah korban pandemik ini juga direkodkan seramai 46 orang dengan jumlah keseluruhan 373 kematian setakat ini.

Portal Liputan6 melaporkan, jumlah pesakit yang sembuh sehingga kini adalah seramai 359 orang.

Disiarkan pada: April 12, 2020 @ 5:45pm
d