global

Doa untuk baby Erin

Oleh Agensi

Liverpool: Bukan hanya menghidap masalah jantung, malah seorang bayi perempuan berusia enam bulan kini berdepan jangkitan Covid-19.

Erin Bates adalah kurniaan dinantikan Emma Bates dan suaminya, Wayne selepas mendirikan rumah tangga sejak 10 tahun lalu.

Mirror.co.uk melaporkan, bayi itu pada mulanya diletakkan di wad pengasingan selama dua minggu kerana keadaan jantungnya yang tidak stabil.

Namun, Erin sekali lagi ditahan di wad, selepas ujian mengesahkan dia dijangkiti wabak maut itu.

Bagaimanapun, ibunya, Emma bersyukur kerana layanan dan rawatan terbaik diberikan doktor dan jururawat Hospital Kanak-Kanak Alder Hey sejak anak perempuannya itu dimasukkan ke hospital itu.

Erin yang dilahirkan dengan berat 2.3 kilogram itu disahkan menghidap beberapa penyakit dan menjalani pembedahan jantung Disember lalu kerana mengalami masalah injap.

Bapa bayi itu terpaksa berada di rumah kerana tidak dibenarkan melawat anaknya.

Hanya Emma dibenarkan berada di hospital sepanjang bayinya dirawat di situ.

"Tolong selitkan nama Erin di dalam setiap doa anda. Kami tidak mahu kehilangannya kerana virus ini," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 28, 2020 @ 6:30am
    d