mutakhir

Peneroka dapat bantuan raya

Oleh Yusmizal Dolah Aling

KERAJAAN bersetuju memberi Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020, bernilai RM300 seorang kepada peneroka FELDA, peserta FELCRA dalam kategori B40 dan pekebun kecil RISDA.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, ia membabitkan anggaran peruntukan sebanyak RM148 juta yang akan memberi manfaat kepada 113,000 peneroka FELDA, 90,000 pengusaha FELCRA dalam kategori B40 dan 292,000 pekebun kecil RISDA, iaitu pekebun yang mengusahakan tanah dengan keluasan tidak melebihi 2.5 hektar.

Katanya, kerajaan mengambil maklum kedudukan harga pasaran global komoditi seperti kelapa sawit dan getah, yang kian merosot disebabkan penularan wabak Covid- 19.

"Situasi ini secara langsung telah menjejaskan pendapatan hampir 500 ribu peneroka, peserta dan pekebun kecil yang bernaung di bawah FELDA, RISDA dan FELCRA di seluruh negara.

"Penyaluran Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 akan bermula pada 18 Mei ini. Kerajaan berharap bantuan khas ini akan dapat meringankan beban warga agensi terbabit, terutamanya dalam persiapan menyambut hari raya Aidilfitri yang menjelang tiba," katanya.

Disiarkan pada: May 15, 2020 @ 4:52pm
d