mutakhir

Harga petrol naik tujuh sen

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

HARGA runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tujuh sen bermula tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya hari ini memaklumkan harga RON97 naik daripada RM1.61 seliter kepada RM1.68 seliter.

Bagi RON95, harga naik daripada RM1.31 seliter kepada RM1.38 seliter.

Harga runcit diesel pula naik enam sen daripada RM1.45 seliter kepada RM1.51 seliter.

"Kenaikan ini disebabkan peningkatan harga minyak yang diproses selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.

Disiarkan pada: May 22, 2020 @ 6:47pm
d