arena

Barcelona hasilkan pelitup muka

Oleh Agensi

GERGASI Sepanyol, Barcelona yang dilaporkan menjana pendapatan lebih daripada kelab bola sepak Eropah lain bijak memanfaatkan kesan penularan Covid-19 dengan menjual pelitup muka khas.

Pelitup muka yang menampilkan imej warna dan logo Barcelona itu dijual pada harga £16 (RM85.63).

Skuad The Catalan itu pernah memonopoli dunia korporat bola sepak, dengan perjanjian tajaan jersi legenda 2004 yang menyaksikan mereka membayar Unicef ​​£1.3 juta setahun untuk projek Aids sebagai balasan kerana membawa namanya pada baju pemain.

Namun perintah berkurung di Sepanyol masih memberi peluang untuk menjana pendapatan.

Pelitup muka produk tempatan dihasilkan 100 peratus daripada kapas ekologi dan tampil dengan tiga corak ekslusif, umum kelab itu.

Penjualan itu adalah sebahagian daripada langkah mencegah virus pandemik berkenaan.

Barcelona salah satu kelab La Liga yang menawarkan kerajaan Sepanyol menggunakan stadium dan kemudahan latihan ketika krisis pandemik yang mengorbankan 26,000 nyawa di negara itu.

Barca turut menghulurkan sumbangan kepada jabatan kesihatan Sepanyol dan Unicef.

Namun ketika La Liga dijangka kembali memulakan saingan pada 12 Jun, permintaan terhadap pelitup muka sudah pasti amat menggalakkan.

Disiarkan pada: May 28, 2020 @ 11:29pm
d