mutakhir

Tunggu laporan JKNS sebelum buka Taska

Oleh BERNAMA

STATUS operasi Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Sabah dibincangkan dalam mesyuarat di peringkat kerajaan negeri, minggu lalu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew berkata, kerajaan negeri ketika ini menunggu laporan serta kajian daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengenai pembukaan Taska.

"Hal ini berhubung prosedur operasi standard (SOP) berdasarkan garis panduan dikeluarkan kerajaan persekutuan, dan diselaraskan dengan keadaan semasa di negeri ini, sebelum membenarkan Taska beroperasi di Sabah.

"Kita maklum operasi Taska di semenanjung dibuka sejak 2 Mei lalu manakala Sarawak pada 9 Jun," katanya kepada pemberita penyampaian bantuan pelitup muka kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), selain sumbangan pek makanan untuk enam masjid di Tawau.

Sementara itu katanya, penduduk yang mempunyai aduan boleh hadir ke Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tawau di Jalan Kubota, bagi penyaluran sebarang maklumat berkaitan.

Disiarkan pada: June 6, 2020 @ 5:08pm
d