mutakhir

Media Prima buat kunjungan hormat ke Pulau Pinang [METROTV]

Oleh Nur Izzati Mohamad

YANG Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas menerima kunjungan hormat daripada pengurusan kanan Media Prima Bhd (Media Prima) di Seri Mutiara, Georgetown, hari ini.

Kunjungan diketuai Pengerusi Media Prima, Datuk Dr Syed Hussian AlJunid bersama Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Iskandar Mizal Mahmood dan Pengarah Eksekutif, Operasi Berita dan Editorial Media Prima, merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Interim The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Mustapha Kamil Mohd Janor

Dalam kunjungan selama dua jam itu, pelbagai perkara berkaitan isu semasa dan kandungan program serta berita yang diterbitkan Media Prima dibincangkan.

Syed Hussian ketika ditemui berkata pihaknya membuat pertemuan ini bagi mengukuhkan hubungan bersama kepimpinan tertinggi dan agensi di Pulai Pinang.

"Tujuan kita adalah mahu mengeratkan silaturahim dengan kerajaan negeri ini dan mencari jalan untuk bekerjasama," katanya.

"Terima kasih kerana sudi menerima kunjungan daripada Media Prima," katanya.

Jelasnya, pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, Datuk Ir Jaseni Maidinsa akan dibuat termasuk kunjungan hormat ke Pejabat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Disiarkan pada: July 16, 2020 @ 4:10pm
d