mutakhir

Dicekup sedang punggah rokok seludup

Oleh Omar Ahmad

SEORANG lelaki warga Indonesia ditahan ketika memunggah rokok seludup ke dalam kereta dalam serbuan di Jalan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintenden Dimin Awang berkata, serbuan jam 5.30 petang turut merampas 431 karton rokok seludup pelbagai jenama.

Katanya, ketika ditahan suspek berumur 34 tahun itu sedang membuat kerja pemunggahan kotak rokok itu dari kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza ke Proton Persona.

"Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah lebih RM162,000.

"Tangkapan dan rampasan rokok seludup dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor

Bahru Selatan (JBS) untuk tindakan lanju," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

Disiarkan pada: July 17, 2020 @ 4:21pm
d