mutakhir

Maut ditimpa pokok

Oleh Melvin Joni

SEORANG lelaki maut akibat dihempap pokok di kebunnya di Kampung Barieng Segong, Singai, Bau, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bau Tawang Linggem berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 10.50 pagi.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati mangsa dihempap sebatang pokok dan anggota kami segera membantu mengalihkannya ke tempat selamat.

"Setelah berjaya dikeluarkan ke tempat selamat, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Bau," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa, Metih Rai@Rais, 64, diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Disiarkan pada: July 22, 2020 @ 7:48pm
d