mutakhir

Dadah bernilai RM48 juta dilupuskan

Oleh Norzamira Che Noh

Kuala Langat: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melupuskan 1,200 kilogram dadah bernilai RM48 juta di Telok Panglima Garang, dekat sini, hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Johari Alifiah berkata, dadah yang dilupuskan itu membabitkan rampasan kes pada 2018.

"Barang kes ini dirampas oleh JKDM pada 2018 dan sudah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia serta disahkan mengandungi bahan methamphetamine dan heroin.

"Proses pelupusan dilakukan secara bakar menggunakan insinerator mengikut garis panduan yang sudah ditetapkan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, dadah berkenaan dilupuskan selepas kes selesai dan mendapat arahan untuk pelupusan.

Katanya, proses pelupusan dadah berkenaan mengambil masa dua jam.

Disiarkan pada: September 14, 2020 @ 5:25pm
d