WM

Aksesori ikut kesesuaian

Oleh Nurul Husna Mahmud

Aksesori seperti barang kemas mahupun selendang kecil boleh menyerlahkan gaya yang ingin ditampilkan.

Malah apabila busana ditampilkan terlalu polos dan sederhana seperti blaus putih atau gaun labuh hitam membosankan, ketika ini aksesori fesyen sesuatu sangat diperlukan untuk tonjolkan ketrampilan dan personaliti penggaya.

Justeru, dalam menata rias diri pemilihan aksesori termasuk kasut, beg, barang kemas dan sebagainya perlu ada padanan sesuai supaya ia memberi gaya 'wow'.

Beberapa tip dikongsi untuk memberi gambaran antara konsep atau tema gaya yang boleh dijadikan panduan jika anda mahu disesuaikan dengan busana tertentu.

Antara stail atau gaya yang boleh dipertimbangkan mengikut sentuhan peribadi atau persekitaran majlis yang dihadiri.

Aksesori klasik

• Dalam majlis rasmi atau menghadiri keramaian, gaya ini selalu menjadi pilihan kerana mahu tampak anggun dan sopan.

• Biasanya penggaya atau individu yang tampil dalam majlis ini memilih pakaian formal dengan busana berwarna hitam.

• Aksesori sesuai dipadankan antaranya anting-anting mutiara, berlian atau swaroski, selendang sutera, 'clutch' kulit dan kasut bertumit tertutup berwarna gelap.

Aksesori bekerja atau temu janji pelanggan

• Dalam 'mood' di tempat kerja khusus dalam laras di pejabat atau sering bertemu pelanggan di luar perlu aksesori sesuai.

• Biasanya pakaian pejabat seperti kemeja, blaus atau gaun labuh memerlukan aksesori lebih minimalis.

• Rantai tangan atau leher halus, jam tangan potongan ringkas seperti muka bulat, beg satchel atau beg bahu dan kasut bertumit.

Aksesori kasual

• Ketika bersosial bersama teman dan keluarga, pemakaian aksesori masih perlu tetapi ditonjolkan dalam mood santai.

• Tetapi perlu lihat sama ada majlis kasual dalam persekitaran terbuka atau tengah bercuti bagi memilih padanan sesuai.

• Contoh aksesori gelang tangan berwarna, topi anyam dan juga sandal.

Aksesori glamor

• Selalunya ketika dalam majlis tahunan atau bertema, konsep ini jadi pilihan supaya tidak tampak suram.

• Aksesori sesuai ialah anting-anting tergantung, rantai dengan batu loket besar, cincin yang besar, clutch dengan hiasan kristal, cermin mata hitam yang besar dan kasut tumit tinggi.

Disiarkan pada: October 1, 2020 @ 10:01am
d