mutakhir

Tanah runtuh halang Jalan Tapah-Cameron Highlands

Oleh Rosman Shamsudin

Tapah: Jalan Tapah-Cameron Highland terhalang akibat kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang, jam 6 petang tadi.

Kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Batu 24 Jalan Pahang, diikuti pokok tumbang di Batu 12 dan Batu 18.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian daripada orang awam

"Akibatnya, kedua-dua arah jalan itu tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

"Ia tidak membabitkan kemalangan jiwa atau harta dan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Syarikat Belati Wangsa sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi terbabit," katanya pada kenyataan.

Wan Azharuddin berkata, hujan masih renyai-renyai dan buat masa ini, pihak berkaitan sedang membersihkan lokasi terjejas.

Disiarkan pada: October 1, 2020 @ 9:26pm
d