mutakhir

Tolong cari Fatimah Azzahrah dan Adam Daniel

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Gombak: Tidak mahu berpindah ke rumah kebajikan lain menyebabkan dua beradik dipercayai melarikan diri dari rumah kebajikan di Taman Gombak, di sini, Selasa lalu.

Kanak-kanak terbabit, Fatimah Azzahrah Abdullah, 11, dan adiknya, Adam Daniel Abdullah, 9, disedari hilang sebelum kakitangan wanita berusia 27 tahun membuat laporan polis jam 10 malam Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pelajar terbabit disyaki melarikan diri pada jam 9 pagi, Selasa lalu, yang mana mereka sepatutnya akan hadir ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam bagi menetapkan penjagaan baru di asrama yang lain.

Menurutnya, Fatimah Azzahrah ada meninggalkan nota mengenai ketidakpuasan hatinya yang akan dipindahkan dan bertindak keluar dari rumah kebajikan itu.

"Walaupun dikatakan asrama baru lebih selesa namun luahan pelajar ini mereka lebih perlukan kasih sayang yang mereka dapat di rumah itu dan bukannya kemewahan.

"Siasatan kes orang hilang dibuka dan pihak polis meminta orang ramai yang menemui atau ada maklumat mengenai dua beradik ini supaya segera melaporkan kepada pihak polis di talian 03-61262222," katanya.

Disiarkan pada: October 2, 2020 @ 4:19pm
d