Bola Sepak

Real kalahkan Barca

Oleh AFP

Barcelona: Real Madrid berjaya mengetepikan krisis untuk mengalahkan Barcelona 3-1 dalam aksi pertama Clasico tanpa penonton dan mencipta peluang awal untuk memburu kejuaraan La Liga.

Pelawat terlebih dulu membuka jaringan pada minit kelima menerusi Federico Valverde pada minit kelima namun Barca berjaya menyamakan kedudukan tiga minit kemudian menerusi Ansu Fati.

Sebaik bersambung separuh masa kedua ketua pasukan Real, Sergio Ramos meletakkan kembali pelawat di depan hasil sepakan penalti pada minit ke-63.

Luca Modric mengesahkan kemenangan Real dengan jaringan di minit terakhir perlawanan.

Disiarkan pada: October 25, 2020 @ 12:16am
d