rap

Krisdayanti tak kenal Atta

HUBUNGAN antara anak perempuan Krisdayanti iaitu Aurel Hermansyah dan Sensasi YouTube, Atta Halilintar bukan lagi rahsia.

Malah, dalam beberapa siri laporan sebelum ini menyebut pasangan itu sudah merancang untuk melangsungkan perkahwinan.

Bagaimanapun, Krisdayanti mengakui tidak tidak tahu menahu mengenai perancangan itu selain tidak pernah dimaklumkan secara rasmi oleh anaknya.

"Kalau berdasarkan berita yang keluar, ia perlu dipastikan dulu sama ada ia betul atau tidak. Sejujurnya, sehingga sekarang belum ada ucapan atau perkataan secara lisan yang disampaikan kepada saya oleh Aurel. Kiranya, saya belum tahu apa-apa.

"Jadi, tidak semestinya apa yang tersebar itu adalah makluman untuk saya. Sebaiknya saya dengar dan disampaikan sendiri oleh tuan punya badan," katanya.

Menerusi laporan sama, Krisdayanti juga mengakui tidak mengenali lelaki yang dikatakan bakal mengahwini anaknya iaitu Atta.

"Saya belum kenal (Atta), saya belum tahu karakternya dan saya tidak mengenali sosok dirinya. Jadi, semua berita yang keluar itu mungkin berlebihan," katanya. - Agensi

Disiarkan pada: October 28, 2020 @ 6:10am
d