Sukan Lain

Nadal berdepan Thiem, Tsitsipas di ATP finals

Oleh AFP

London: Rafael Nadal diundi dalam kumpulan sama dengan juara bertahan, Stefanos Tsitsipas dan juara Terbuka Amerika Syarikat, Dominic Thiem bagi Kejohanan Tenis ATP Finals di London.

Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic dijadualkan akan berdepan Daniil Medvedev, Alexander Zverev dan Diego Schwartzman di peringkat kumpulan bagi edisi final kejohanan di London sebelum ia dipindahkan ke Turin tahun depan.

Sambutan ulang tahun ke-50 acara itu dijalankan mengikut format liga dua kumpulan membabitkan kumpulan Tokyo 1970 dan London 2020.

Nadal dijadualkan berdepan laluan sukar untuk ke separuh akhir dengan Andrey Rublev turut bertanding bagi kumpulan Tokyo 1970 disamping Tsitsipas dan pemenang dua Grand Slam terakhir.

Kejohanan dijadualkan bermula Ahad ini, dilangsungkan dalam keadaan tertutup di O2 Arena.

Disiarkan pada: November 13, 2020 @ 11:56am
d