mutakhir

4 rumah, 7 kenderaan terbakar

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Empat rumah yang dijadikan pondok pengajian Islam di Kampung Kepala Bukit, Kampung Tualang, Pokok Sena di sini, musnah dalam kebakaran hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 3.37 petang.

Katanya, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pokok Sena tiba di lokasi pada 4.07 petang, disusuli pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena dan BBP Alor Setar.

"Ketika anggota tiba, api marak membakar tiga rumah dua tingkat dan sebuah rumah setingkat.

"Turut terbakar, dua kenderaan jenis Naza Kia dan Proton selain lima motosikal," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Disiarkan pada: November 22, 2020 @ 8:09pm
d