global

Tentera Afghanistan bunuh 9 militan Taliban

Oleh BERNAMA

Herat: Pasukan keselamatan Afghanistan menembak mati sembilan militan Taliban di daerah Obe di wilayah barat bandar ini, lapor agensi berita Xinhua, memetik kenyataan tentera hari ini.

Militan Taliban melancarkan serangan di pusat pemeriksaan keselamatan di daerah Obe petang semalam sehingga memaksa pasukan keselamatan melancarkan serangan balas, kata kenyataan itu.

Tentera kerajaan yang disokong pesawat perang membunuh sembilan militan di tempat itu, lapan lagi militan cedera sebelum mereka melarikan diri, tambah kenyataan itu.

Tanpa menyebutkan kemalangan jiwa membabitkan tentera kerajaan, kenyataan itu menegaskan operasi pembersihan sedang berjalan.

Militan Taliban belum memberikan sebarang maklum balas mengenai laporan itu.

Disiarkan pada: November 26, 2020 @ 5:24pm
d