mutakhir

Polis cari saksi kemalangan maut

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Ampang: Penunggang motosikal maut dipercayai bergesel dengan motosikal lain sebelum dilanggar sebuah kereta di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Tesco Ampang dari arah Cheras menghala ke Gombak, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian 5.20 pagi, lelaki terbabit yang parah meninggal dunia di tempat kejadian sementara motosikal dan kereta yang terbabit dalam kemalangan itu meninggalkan lokasi itu.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, susulan itu, orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 03-92740112.

Disiarkan pada: November 30, 2020 @ 11:11pm
d