mutakhir

Polis cari Nur Haziqah

Oleh Ahmad Ismail.

Tangkak: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak meminta Nur Haziqah Hamidi, 23, untuk hadir ke perbicaraan kes pemerasan di Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember ini.

IPD berkenaan dalam satu kenyataan meminta wanita berkenaan hadir ke mahkamah sebagai saksi bagi kes mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan bermula jam 8.30 pagi.

"Sehubungan dengan itu, saksi penting berkenaan dikehendaki hadir untuk memberi keterangan dalam perbicaraan itu nanti.

"Berdasarkan rekod, saksi berkenaan beralamat terakhirnya di Batu Pahat, Johor," katanya.

Mereka yang mempunyai maklumat berkenaan saksi itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Intan Norathirah Mohd Suhaidi di talian 016-9883520, IPD Tangkak 06-9781222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Disiarkan pada: December 7, 2020 @ 7:02pm
d