Amerika Utara

Covid-19: Jururawat penerima vaksin pertama di AS

Oleh AFP

New York: Amerika Syarikat (AS) memulakan proses vaksinasi besar-besaran, pada Isnin, ketika angka korban akibat Covid-19 di negara itu, melebihi 300,000 orang.

Langkah itu ketika beberapa negara di Eropah mula memperketat sekatan pergerakan berikutan lonjakan kes positif baharu virus berkenaan.

Di AS, jururawat, Sandra Lindsay menjadi individu pertama di negara itu menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech, dan ia disiarkan secara langsung di televisyen.

"Saya tidak rasa ia berbeza dengan mengambil suntikan vaksin lain," kata Lindsay, jururawat di Pusat Perubatan Yahudi Long Island, sambil mengesyorkan rakyat AS lain untuk menerima suntikan vaksin berkenaan.

Pada Isnin, Belanda bersedia untuk memulakan sekatan pergerakan paling ketat sejak penularan pandemik itu, manakala Britain mengumumkan peraturan baharu di London dan Turki akan melaksanakan sekatan pergerakan selama empat hari, sepanjang cuti tahun baru.

Setakat ini, AS menjadi negara yang paling terjejas akibat Covid-19 dengan 16.3 kes dan lebih 300,000 kes kematian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: December 15, 2020 @ 10:27am
    d