mutakhir

Nelayan hilang jatuh bot

Oleh Nur Izzati Mohamad

Nibong Tebal: Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot dinaikinya ketika berada berdekatan Sungai Udang di sini, pagi hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 12.05 tengah hari berhubung insiden berkenaan.

"Kita menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan terdapat seorang lelaki berusia 25 tahun disyaki terjatuh ke laut pada 8.40 pagi tadi.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudiannya digerakkan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda serta Nibong Tebal dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di kawasan mangsa dikhuatiri terjatuh," katanya.

Disiarkan pada: January 10, 2021 @ 3:36pm
d