mutakhir

Sukarelawan UniSZA bantu mangsa banjir di Kemaman

Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli

Kuala Nerus: Seramai 80 sukarelawan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dikerah bagi membantu operasi pasca banjir di Kemaman, sejak semalam.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UniSZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh berkata, tumpuan utama bantuan ialah membersih dan membaiki kediaman penduduk yang rosak akibat banjir di daerah berkenaan.

"Sebanyak 25 rumah, tadika, balai raya serta surau sudah dibersihkan sukarelawan UniSZA yang terdiri daripada penuntut dan kakitangan UniSZA.

"Kami dibantu penduduk kampung dalam menjalankan kerja pembersihan itu seterusnya melancarkan lagi proses membersih dan membaik pulih rumah rosak," katanya.

Disiarkan pada: January 14, 2021 @ 7:42pm
d