mutakhir

'Iron Man' masuk kampung bantu mangsa banjir

Oleh Roselan Ab Malek

Temerloh: Iron Man yang dikenali sebagai hero dalam watak ciptaan Marvel menyebabkan Mohd Faizal Muda tampil untuk menunaikan tanggungjawabnya membantu golongan memerlukan seperti mana adiwira itu.

Lengkap mengenakan kostum Iron Man, pemuda berusia 36 tahun itu turun padang bersama badan bukan kerajaan (NGO), semalam untuk membantu mangsa banjir di Taman Desa, Kuala Krau di sini.

"Saya gembira dapat bersama NGO membantu mangsa banjir di sini. Saya seronok dapat menghiburkan mereka," katanya ketika ditemui.

Mohd Faizal diundang NGO yang terdiri daripada peniaga warga Bangladesh untuk menyumbang dan menghiburkan penduduk yang terjejas banjir.

Sebelum ini, pemuda itu aktif menghiburkan pesakit pediatrik di Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) di sini, serta dikenali sebagai Iron Man Temerloh.

Disiarkan pada: January 27, 2021 @ 11:48am
d