Asia

Qatar lulus penggunaan vaksin Covid-19 Moderna

Oleh BERNAMA

Doha: Kementerian Kesihatan Awam Qatar (MOPH) meluluskan kebenaran penggunaan kecemasan vaksin Moderna COVID-19, vaksin kedua dibenar digunakan di Qatar.

Penggunaan Moderna diluluskan selepas Jabatan Farmasi dan Kawalan Farmaseutikal MOPH menilai dengn terperinci hasil kajian klinikal vaksin itu, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Pengerusi Kumpulan Strategi Kesihatan Negara mengenai COVID-19 dan Ketua Penyakit Berjangkit di Hamad Medical Corporation, Dr Abdullatif Al Khal berkata proses percubaan klinikal komprehensif vaksin Moderna COVID-19 menunjukkan ia selamat dan sangat berkesan.

"Kelulusan MOPH itu bermakna kita boleh segera memulakan pemberian vaksin Moderna bersama dengan vaksin Pfizer dan BioNTech," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 11, 2021 @ 1:18pm
    d