mutakhir

Kapal layar terbakar, 7 kru selamat [METROTV]

Oleh Hamzah Osman

Langkawi: Sebuah kapal layar dilaporkan terbakar di kedudukan kira-kira 0.6 batu nautika timur laut Pulau Singa Kechil di sini, jam 8.18 pagi tadi.

Tujuh lelaki yang juga kru kapal itu pula diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, kebakaran kapal layar itu dikesan KM Tenggol.

"Kejadian dimaklumkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"Tujuh kru kapal layar itu dipindahkan ke KM Tenggol. Setakat ini, tiada tumpahan minyak dilaporkan di lokasi," katanya.

Disiarkan pada: February 18, 2021 @ 2:27pm
d