arena

Atletico bangkit benam Villarreal

Oleh AFP

Madrid: Atletico Madrid bangkit daripada kemerosotan prestasi sejak akhir-akhir ini dengan kemenangan 2-0 di Villarreal bagi membolehkan pendahulu La Liga itu mengukuhkan cengkaman dengan lima mata depan.

Jaringan sendiri Alfonso Pedraza dan rembatam Joao Felix memberikan kemenangan berharga Atletico selepas berdepan kekecewaan yang membolehkan Barcelona dan Real Madrid kembali memberikan cabaran dalam pemburuan gelaran liga.

Skuad Diego Simeone sebelum ini tewas kepada Chelsea dalam saingan 16 terakhir Liga Juara-Juara selain prestasi buruk liga apabila hanya meraih lima mata daripada empat perlawanan terakhir.

Atletico cekal bertahan menangkis serangan bahaya Villarreal bagi memastikan mereka berkelebihan enam mata ke atas Real Madrid menjelang aksi 'derby' pada hujung minggu akan datang.

Madrid akan kembali merapatkan jurang kepada tiga mata apabila menerima kunjungan Real Sociedad awal pagi esok.

"Kami derita malah selepas gol kedua mereka mendapat banyak peluang. Tetapi akhirnya kami pulang dengan kemenangan sangat penting pada detik ini,'' kata Simeone.

Disiarkan pada: March 1, 2021 @ 9:39am
d