Asia

Robot anjing terpantas di pasaran

Oleh AFP

Nanjing: Ia mengikut arahan dan tidak membuang air kecil atau air besar merata-rata. Itu adalah kelebihan AlphaDog, robot anjing keluaran sebuah syarikat di China.

Robot itu menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) untuk 'melihat' dan 'mendengar' persekitarannya.

Selain itu, ia boleh dibawa bersiar-siar.

"Ia adalah hampir sama seperti anjing sebenar," kata Ma Jie, ketua pegawai teknologi di Weilan, syariikat pembuat robot berkenaan.

Robot itu boleh berlari 15 kilometer sejam dan berpusing-pusing seperti anjing sebenar - dan terpantas di pasaran.

Ia dilengkapi dengan empat kaki logam yang lebih kukuh daripada anjing sebenar.

Robot itu dilengkapi teknologi 5G - dilengkapi dengan akses pantas internet untuk tindak balas segera.

Selepas sebulan dilancarkan, lebih AlphaDog sudah terjual, meskipun ia ditawarkan pada harga yang mahal iaitu 16,000 yuan (kira-kira RM10,100).

Disiarkan pada: April 8, 2021 @ 11:22am
d