Bola Sepak

Barcelona kelab terkaya di dunia

Oleh Agensi

London: Barcelona buat kali pertama muncul kelab paling kaya di dunia dengan jumlah aset £3.46 bilion (RM19.65 bilion).

Gergasi Nou Camp itu memintas musuh ketat, Real Madrid yang meraih £3.45b (RM19.60b) di tangga teratas selepas lima kali berturut-turut menduduki tangga kedua.

Kedua-dua kelab merekodkan keuntungan £576 juta (RM3.27b) pada 2020 dengan nilai hutang enam peratus.

Raja Eropah, Bayern Munich (£3.07b) melonjak satu anak tangga ke tempat ketiga daripada ranking tahun lalu manakala Manchester United turut memperbaiki prestasi mereka.

Red Devils yang meraih £2.77b (RM15.73b) pada 2020 melonjak ke tempat keempat daripada tangga keenam dan kini bernilai £3.06b (RM17.38b), menurut laporan terkini Forbes.

Sejak 16 tahun lalu, Real Madrid dan United mendominasi gelaran sebagai kelab paling kaya di dunia dengan masing-masing 11 dan lima kali menduduki tempat pertama.

United mengetuai lima kelab Inggeris yang menghuni tempat keempat hingga kelapan dan kesembilan keseluruhan dalam carta 20 teratas 2021.

Liverpool dengan aset £2.98b (RM16.93b) membolehkan mereka memintas Manchester City (£2.91b) yang mengumumkan kerugian £126j minggu lalu. Gergasi Anfield itu dinilai £1.59b pada edisi Jun 2020, bermakna aset kelab itu melonjak dua kali ganda sejak 10 bulan terakhir.

Chelsea yang menduduki tangga ketiga keseluruhan tahun lalu mengetuai kelab London dengan £2.33b, £290j mengatasi Arsenal dan £660j mengatasi Spurs.

Roma pula mempunyai nilai hutang terbesar dengan 56 peratus manakala Tottenham di tangga kedua dengan 39 peratus manakala Real Madrid meraih tajaan jersi paling mewah menerusi kontrak lima tahun berjumlah £300j dengan Emirates.

Senarai 10 teratas menurut Forbes:

1. Barcelona - £3.46 bilion

2. Real Madrid - £3.45b

3. Bayern Munich - £3.07b

4. Manchester United - £3.06b

5. Liverpool - £2.98b

6. Manchester City -£2.91b

7. Chelsea - £2.33b

8. Arsenal - £2.04b

9. Paris Saint-Germain - £1.82b

10. Tottenham Hotspur - £1.67b

Disiarkan pada: April 13, 2021 @ 8:48am
d