mutakhir

Tak perlu tambah SOP bazar Ramadan

Oleh Samadi Ahmad

Sepang: Prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 untuk bazar Ramdan yang sedia ada sudah lengkap dan tidak perlu ada penambahan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, SOP yang perlu dipatuhi pengunjung dan perniagaan sangat mudah diikuti iaitu melakukan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.

Katanya, pada peringkat awal ini orang ramai mungkin berasa terlalu gembira selepas mendapat peluang untuk berkunjung ke bazar Ramadan sehinggamengabaikan SOP.

"Saya yakin lima atau enam hari lagi pengunjung dan peniaga akan patuh SOP dengan pemantauan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan," katanya selepas lawatan kerja Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ke Majlis Perbandaran Kuala Langat, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah KPKT, Datuk Noor Ihsan Che Mat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) KawasanDengkil, Adhif Syan Abdullah dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim.

Pada lawatan itu KPKT menyalurkan peruntukan RM5 juta kepada Majlis Perbandaran Kuala Langat bagi pembangunan ekonomi, RM1 juta bagi penambahbaikan kemudahan tempat pelancongan dan RM300,000 bagi membaikitangki air, pendawaian elektrik, pembaikan pagar tangga serta pagar flat Taman Langat Utama.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) menurunkan kuasa mengkompaun mulai semalam kepada Datuk Bandar, Yang Dipertua PBT dan Pegawai PBT Gred 19 bagi kesalahan bawah Akta 342.

Menurut Ismail, ia termasuk sebarang ketidakpatuhan SOP di bazar-bazar Ramadan.

Zuraida berkata, SOP sudah ada sejak PKP pertama, jadi tidak perlu ada SOP baharu dan PBT perlu rujuk kepada SOP sama untuk melaksanakan penguatkuasaan.

"Dengan adanya penurunan kuasa kepada PBT ini diharap dapat mengawalpematuhan pengunjung dan peniaga dibazar Ramadan," katanya.

Disiarkan pada: April 15, 2021 @ 5:38pm
d