mutakhir

TH, Span serah zakat perniagaan RM37.4 juta

Oleh Norzamira Che Noh

Shah Alam: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM37,442,513.97 dalam satu program serahan zakat sempena Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Zakat berkenaan diterima daripada Lembaga Tabung Haji (TH) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) bagi tahun kewangan 2020.

TH yang diwakili Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM27,712,316.97.

Manakala, Span yang diwakili Pengerusinya, Wan Hassan Mohamed Ramli menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM9,730,197.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Pengerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS), Tan Sri Syed Anwar Jamalullail serta Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M Yusof.

Disiarkan pada: April 17, 2021 @ 6:50pm
d