Amerika Utara

Budak maut ditembak di pandu lalu restoran

Oleh Agensi

Chicago: Seorang budak perempuan maut , manakala bapanya cedera selepas terkena tembakan di pandu lalu sebuah restoran makanan segera di barat bandar ini, lapor CBS Chicago.

Sehingga lewat Ahad, polis masih memburu suspek.

Menurut stesen televisyen itu, mangsa, Jaslyn Adams, 7, dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia di hospital.

Ahli keluarga mendakwa bapa kanak-kanak itu, Jontae, 29, juga cedera selepas terkena tembakan.

Sekurang-kurangnya 30 kelongsong peluru ditemukan di sekeliling kenderaan dinaiki dua beranak itu, menurut CBS Chicago.

Selain itu, lubang dipercayai kesan peluru ditemukan pada rangka dan tingkap belakang kereta terbabit.

Tidak dapat dipastikan sama ada suspek menyasarkan mangsa.

Dalam pada itu, akhbar Chicago Sun-Times melaporkan seorang kakitangan restoran memberitahu dia melihat dua lelaki keluar dari sebuah kereta sebelum menembak ke arah kenderaan mangsa.

Disiarkan pada: April 20, 2021 @ 11:09am
d