mutakhir

Kunjungan hormat MPB ke pejabat KM Pulau Pinang [METROTV]

Oleh Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menerima kunjungan hormat daripada pengurusan kanan Media Prima Bhd (MPB) di Pejabat Ketua Menteri, di sini, hari ini.

MPB diwakili Pengerusi Kumpulan Datuk Dr Syed Hussian Al-Junid serta Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prina Omnia Datuk Michael Chan.

Turut serta, Pengurus Besar Kumpulan Pejabat Pengerusi Kumpulan Azlan Abdul Aziz; Pengarah Jualan Media Prima Omnia Mohd Efendi Omar dan Pengurus BesarKomunikasi Strategik Kumpulan Zasman Asna.

Dalam pertemuan kira-kira satu jam itu, MPB mempelawa kerajaan negeri Pulau Pinang menggunakan platform konglomerat media itu bagi menyebarkan perancangan masa depan sekali gus menarik generasi muda mengambil bahagian dalam pembangunan negeri.

"Kita lihat ada beberapa kolaborasi yang boleh dimeterai antara kerajaan negeri dengan MPB, sehubungan itu kita menjemput Ketua Menteri (Kon Yeow) datang ke Media Prima.

"Ketua Menteri juga turut berkongsi Visi 2030 yang menarik dan boleh bekerjasama bagi diuar-uarkan kepada penduduk Pulau Pinang dan rakyat Malaysia," katanya.

Disiarkan pada: April 20, 2021 @ 9:12pm
d