Asia

Beberapa kawasan di Makkah dilanda banjir kilat

Oleh Agensi

Makkah: Beberapa kawasan di sini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat luar biasa, sejak petang Selasa.

Menurut perkongsian di laman Twitter Haramain Sharifain, hujan lebat yang amat jarang berlaku sejak Asar menyebabkan air naik sehingga mencecah 0.5 meter.

Dalam pada itu Arab News melaporkan pihak berkuasa sebelum ini sudah mengeluarkan amaran membabitkan beberapa wilayah di seluruh Arab Saudi bermula Rabu sehingga Sabtu.

Menurut agensi meteorologi negara itu, pihak berkuasa memberi amaran ribut petir sederhana dengan hujan lebat serta angin kencang di Asir, Al-Baha, Jazan, Najran dan Makkah.

Disiarkan pada: April 28, 2021 @ 8:38am
d