Bola Sepak

Barcelona tewas di Camp Nou

Oleh AFP

Madrid: Barcelona terlepas peluang merampas kedudukan pendahulu La Liga selepas tewas mengejut 1-2 kepada Granada di Camp Nou , pagi tadi.

Lionel Messi meletakkan skuad tuan rumah di depan pada babak pertama untuk jaringan ke-33nya musim ini namun mereka gagal mendapatkan gol seterusnya dan peluang itu digunakan Granada yang bangkit menerusi rembatan Darwin Machis dan tandukan Jorge Molina pada babak kedua.

Kemenangan membolehkan Barca berkelebihan satu mata di puncak liga dengan berbaki lima perlawanan tetapi sebaliknya mereka kini kekal di tangga ketiga, dua mata di belakang pendahulu Atletico Madrid dan terikat dengan Real Madrid.

Madrid seri tanpa jaringan dengan Real Betis Sabtu lalu sebelum Atletico tewas kepada Athletic Bilbao.

Barca perlu menyalahkan diri sendiri selepas gagal memanfaatkan dua keputusan pencabar mereka itu.

"Kami terlepas peluang terbaik, kami sangat kecewa," kata pengendali Barca, Ronald Koeman. "Kami leka di bahagian belakang. Kami biarkan ruang terbuka."

Disiarkan pada: April 30, 2021 @ 9:01am
d