mutakhir

Lelaki dikhuatiri lemas di air terjun kuari

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Gurun: Lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh di air terjun kuari Pecah Batu, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 10.21 pagi.

Menurutnya, sepasukan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak diketuai Mohamad Fisol Osman bersama dua jentera dihantar ke lokasi.

"Sebaik tiba, komander operasi dimaklumkan terdapat seorang lelaki berusia 40-an dipercayai terjatuh di air terjun terbabit.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa sedang dilakukan dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Sungai Petani," katanya dalam kenyataan, di sini.

Disiarkan pada: May 1, 2021 @ 1:32pm
d