Permotoran

Hamilton sekat hajat Verstappen

Oleh AFP

Barcelona: Lewis Hamilton meraih kemenangan kelima berturut-turut di Grand Prix (GP) Sepanyol selepas berjaya mengatasi pelumba Red Bull, Max Verstappen.

Hamilton meraih kemenangan kali ke-98 dalam kariernya manakala rakan sepasukan, Valtteri Bottas menduduki tempat ketiga dengan Charles Leclerc dari Ferrari mengungguli kedudukan keempat.

Hamilton yang bermula dari petak utama selepas meraihnya buat kali ke-100, berjaya mengatasi Verstappen tatkala jenteranya menggunakan tayar baru selepas melakukan pit stop kedua secara mengejut.

Dia berjaya menjarakkan 14 mata mengatasi Verstappen bagi kedudukan keseluruhan kategori pelumba.

Disiarkan pada: May 9, 2021 @ 11:03pm
d