Bola Sepak

Arsenal singkir West Brom

Oleh Agensi

London: West Bromwich Albion tersingkir dari Liga Perdana buat kali kelima selepas tewas 1-3 kepada Arsenal yang menghidupkan peluang tipis mereka untuk layak beraksi di pentas Eropah.

Skuad bimbingan Sam Allardyce mempamer aksi merosot dan kini sah akan beraksi di Liga Kejuaraan apabila kurang 10 mata dari zon selamat dengan berbaki tiga perlawanan lagi.

Emile Smith Rowe menjaringkan gol pembukaan selepas menerima hantaran cantik daripada Bukayo Saka minit ke-29 selepas Arsenal menghentikan permulaan meyakinkan pasukan pelawat.

Nicolas Pepe menjadikan tugas West Brom lebih sukar enam minit selepas itu apabila dia menjaringkan gol kedua untuk Arsenal.

Matheus Pereira memberikan harapan kepada pasukan pelawat apabila menjaringkan gol cantik ketika aksi berbaki 23 minit lagi.

Bagaimanapun kebangkitan West Brom itu hanya seketika selepas Willian menambah gol ketiga Arsenal menerusi sepakan percuma/

Kemenangan itu bermakna Gunners yang tersingkir di saingan Liga Europa, Khamis lalu, secara matematik masih mempunyai peluang untuk beraksi di saingan eropah pada musim depan.

Disiarkan pada: May 10, 2021 @ 7:06am
d