Bola Sepak

Rodrigo bantu Leeds benam Burnley

Oleh AFP

London: Rodrigo meledak dua gol ketika Leeds membelasah Burnley, 4-0 pada aksi Liga Perdana, sebentar tadi.

Mateusz Klich meletakkan skuad kendalian Marcelo Bielsa di depan sebelum waktu rehat permainan di Turf Moor.

Leeds menghukum Burnley selepas waktu rehat ketika Jack Harrison menambah gol kedua sebelum mencipta gerakan bantuan gol ketika Rodrigo dimasukkan sebagai pemain gantian sebelum menyinar dengan dua gol.

Leeds masih mengekalkan saingan di liga utama untuk berada di kedudukan ke-10 dengan 53 mata sementara Burnley di tangga ke-15 liga.

Disiarkan pada: May 15, 2021 @ 11:48pm
d