Eropah

Doktor 'tersilap' potong kaki pesakit

Oleh Agensi

Vienna: Malang bagi seorang lelaki di Austria apabila hospital tersilap memotong kakinya ketika satu pembedahan.

CNN melaporkan lelaki berusia 82 tahun itu menjalani pembedahan pada Selasa untuk memotong kaki kirinya.

Bagaimanapun, Freistadt Clinic yang terletak berhampiran sempadan Republik Czech itu berkata, 'kesilapan manusia' berlaku apabila doktor memotong kaki kanan sehingga paras lutut,

Menurut hospital berkenaan, kesilapan itu berpunca apabila petugas tersilap menandakan kaki untuk dipotong.

Difahamkan, pesakit itu mengalami pelbagai masalah kesihatan dan ia memberi kesan kepada kedua kakinya.

Susulan kejadian, lelaki itu masih perlu menjalani pembedahan untuk memotong bahagian kakinya yang sebenarnya perlu dipotong.

Disiarkan pada: May 22, 2021 @ 2:17pm
d