mutakhir

Tiga premis perniagaan dikompaun RM10,000 ingkar SOP

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Sungai Petani: Tiga premis perniagaan di daerah ini masing-masing dikompaun RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mereka didapati gagal menyediakan sarung tangan pakai buang kepada pelanggan (premis pakaian), tidak menutup ruangan bilik salinan (premis pakaian) dan tidak menyatakan jumlah pelanggan dibenarkan masuk pada satu masa.

"Polis melakukan pemantauan dan penguatkuasaan SOP PKP 3.0 bersama Pengarah Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Kedah, Mohd Zawawi Zakaria dan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), hari ini.

"Pemantauan dilakukan secara bersepadu dan tindakan kompaun diambil terhadap premis yang didapati ingkar SOP PKP 3.0," katanya dalam kenyataan, di sini.

Adzli berkata, antara lokasi terbabit ialah pasar raya dan kedai emas di sekitar Jalan Ibrahim, di sini.

Menurutnya, secara keseluruhannya pemantauan dan penguatkuasaan berjalan dengan baik dan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Disiarkan pada: May 26, 2021 @ 6:00pm
d